30 Ogos, 2009

Selamat mnyambut Ramadhan Karim buat Warga G16..........

23 Ogos, 2009

sebelum G16 mengikuti pertandingan Tarik Kalat..... bisdurang ani.... ahli 4 X 4 .....

Kejohanan Tarik Kalat Tradisi Antara Mukim-mukim Senegara





JERUDONG, Ahad, 26 April. – Pasukan Mukim Gadong, Mukim Saba dan Mukim Pengkalan Batu masing-masing menjuarai Kejohanan Tarik Kalat Tradisi Antara Mukim-mukim Senegara di Padang Sekolah Rendah Jerudong.

Mukim Gadong muncul juara kategori berat dengan merebut piala sumbangkan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri; kedua, Mukim Sengkurong ‘A’ dan ketiga, Mukim Pengkalan Batu.

Mukim Saba menjuarai kategori ringan dengan merebut piala sumbangan Penghulu Mukim Sengkurong. Tempat kedua, Mukim Sengkurong dan tiada pemenang bagi tempat ketiga.

Kategori remaja dijuarai oleh Mukim Pengkalan Batu dengan merebut piala sumbangan Penghulu Mukim Lumapas; kedua, Mukim Sengkurong dan mengisi di posisi ketiga, Mukim Saba.
Selain merangkul piala sumbangan, juara bagi kategori berat juga membawa pulang hadiah wang tunai BND1,500; manakala juara kategori ringan menerima hadiah wang BND900 dan juara kategori remaja menerima hadiah wang BND500.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah-hadiah ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan.
Kejohanan itu dianjurkan oleh Majlis Perundingan Kampong Jerudong dan Kampong Sengkurong dengan dikendalikan oleh Persatuan Kebajikan dan Sosial Garaj 16 dan Jabatan Daerah Brunei dan Muara disertai oleh 19 buah pasukan.
Kejohanan tersebut merupakan salah satu acara bagi memeriahkan sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-63.

Perlawanan Tarik Kalat Jemputan Labuan

Pasukan Tarik Kalat G16 Jerudong yang mewakili Negara Brunei Darussalam berjaya berada di tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,500.00 pada Perlawanan Tarik Kalat Jemputan Labuan yang berakhir pada 29 Febuari lalu.

Penyertaan pasukan berkenaan merupakan penghormatan yang diberikan oleh Persatuan Tarik Kalat Negara Brunei Darussalam berdasarkan kejayaan mereka ke beberapa kejohanan termasuk menjuarai Kejohanan Tarik Kalat Se-Borneo pada tahun 2007.

Kejohanan tarik kalat yang dianjurkan oleh Perbadanan Labuan itu adalah bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Wilayah Persekutuan (WP) Labuan tahun 2008 diadakan selama dua hari di Dataran Labuan.

Pihak penganjur telah menetapkan beberapa syarat dan peraturan perlawanan termasuk menghadkan jumlah berat badan yang dihadkan 950 kilogram bagi sepuluh orang penarik.

Persaingan semua pasukan jelas sengit apabila peraturan telah menetapkan semua penarik tidak dibenarkan duduk atau baring, semasa dalam perlawanan dan tidak dibenarkan penarik bertukar ganti sehinggalah perlawanan yang sedang dijalankan itu selesai. Selain pasukan dari Negara Brunei Darussalam, tuan rumah telah membariskan dua buah pasukan yang diwakili oleh WP Labuan dan Jabatan Kemajuan Labuan, Lawas, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Pasukan Tarik Kalat Putrajaya telah berjaya menjadi juara dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000.00 sambil Pasukan Tarik Kalat Daerah Lawas berada di tempat kedua yang merangkul wang tunai sebanyak RM2,000.00.

21 Ogos, 2009

champion 2007

here,with foreigner from phillipines

ani tah wajah2 penyukung setia G16..

ani penarik2 with hadiah besia tym manang seborneo..besia lawan dgn sarawak..


pengalaman menyertai perlawanan tarik kalat :)

Pasukan Tarik Kalat G16 Jerudong buat pertama kalinya menyertai Perlawanan Tarik Kalat 2006 dalam kategori Remaja, Ringan (70) dan Berat.


Pada tahun 2006, G16 Jerudong dengan semangat yang berkobar-kobar menyertai perlawaan tarik kalat yang julung-julung kali diadakan setiap tahun sempena hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Bagina Sultan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam.


Dalam semua category, G16 menghantar 18 orang penarik yang terdiri daripada ahli-ahli G16 sendiri.


Syabas diucapkan buat Penarik-penarik G16 dalam semua category terutama sekali buat penarik category barat yang mana mereka mendapat tempat ketiga. Tahniah.... G16 Boleh....

Borneo

The most awaited event for members of the Public Saturday night was Tug Of War final, which pitted the strongmen of Brunei versus the rest of the Borneo teams.


There was a a huge turnout at Taman Omar Ali Saifuddien in the capital to watch the All-Borneo Tug of War competition between four teams - G16 of Jerudong, Sabah, Sarawak (Limbang) and Labuan.


The competition was held during th Grand Finale Celebration in conjunction with His Majesty the Sultan and Yang DiPertuan Brunei Darussalam's 61st birthday.


The Tug of War eventwas organised by the organising Committee for His Majesty the Sultan and Yand DiPertuan of Brunei Darussalam's 61st birthday.


The teams went all out for teh challenge trophy which was donated by HRH Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the crown Prince and senior Minister at the Prime Minister's Office.


G16 Jerudong emerged as the overall winner in the competition.Thy were also declared the overall champion at a recent national level tug of war meet.


G16 Jerudong and Sarawak took home $6,000 and $4,000 in prize money respectively while Sabah took $2,000 for beating Labuan to the third place.